Blogroll

Sunday, October 9, 2011

Student vs kerja

Masing-masing mempunyai persepsi yang tersendiri berkaitan isu hidup ini. Persepsi itu wujud berdasarkan pengalaman dan ilmu yang kita perolehi samada melalui pembacaan ataupun pembelajaran secara lansung atau tidak langsung. Persepsi itu haruslah dihormati dan perlu jua diperbetulkan jika tersasar..

Student Vs Kerja itulah topik yang muncul dibenaku selepas TERJUMPA rakanku di Bandaraya Ipoh. Sebenarnya aku tidak merancang untuk pergi ke Ipoh tetapi tiba-tiba mendapat "wahyu" dikala magrib untuk ke sana dan enjoy minum kopi disana. Selepas solat magrib aku pun bergegas ke sana. Setibanya aku di Ipoh, aku menenangkan fikiran di dataran dan melihat lampu-lampu jalan yang ku rasa sungguh menarik ( walhal aku mmg xde kerja dan mahu tenangkan fikiran sejenak). 

Seronok aku mengelamun dan menghayati lampu jalan itu, tetiba aku disapa rakan lamaku " Si A". Sungguh aku tidak sangka, boleh terjumpa disitu. Katanya dia sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya dan terlihat kereta aku ditepi dan berhenti untuk menyapa. Sangkaanya betul apabila melihat aku disitu.

Wah berborak panjang aku dengan dia, Si A ini rakan baik ku semasa di Universiti dahulu. Kami sebidang dan rakan baik ku ada 4 orang kesemuanya. Bergosip dan bercerita tentang perkembangan rakan-rakan yang lain dan dia jua menjemputku untuk majlis perkahwinannya nanti. Ramai kawan-kawan aku sudah kahwin dan rasanya usia ku jua semakin meningkat....

Sepanjang berborak dengan rakan ku ini, aku merasakan zaman belajar aku dahulu sungguh menarik. Apabila berkerjaya kini, masing-masing mempunyai kekangan masing-masing dan sukar untuk berjumpa. Syukur dengan izin illahi aku dapat berjumpa lagi dengan rakan ku ini. Sebenarnya samada zaman belajar atau kerja, kita yang mencorakkanya. Sesibuk mana kita dengan kerja, kita perlu mempunyai 'kehidupan' dan walaupun  kerja itu menjamin masa depan kita namun ia akan menjadi sia-sia jika kita tidak pandai mengimbanginya...

Di zaman belajar kita mahu bekerja kerna untuk memperolehi pendapatan sendiri, namun apabila di zaman bekerjaya, kita merasakan ingin kembali ke zaman belajar dahulu dan bergembira dengan rakan-rakan yang lain. Itulah hakikat hidup dan kita perlu pandai dalam mengaturnya. Walaupun kita memiliki segala-galanya namun jika kita tidak pandai menghargainya, sudah pasti kita akan menyesal kelak. Hargailah apa yang kita miliki sekarang agar ia tidak menjadi sesalan kelak....


0 PenghentaM:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More